Thursday, May 17, 2007

Bagaiman Membina Kekuatan Dalaman

Apakah kekuatan dalaman itu sebagaimana kita melihat seperti mereka yang kebal dalam ilmu persilatan? Sememangnya terdapat Hadith Rasulullah yang mafhumnya "manusia yang paling kuat ialah mereka yang mampu bersabar".



Betapa hebat pun manusia itu dari segi fizikalnya, tetapi sekiranya tidak dapat menahan ammarahnya yang terdapat di dalam dirinya ia bukanlah orang yang kuat. Ia memberikan gambaran yang jelas kepada kita bahawa kekuatan yang sebenar adalah bersumber dari dalam diri manusia itu sendiri.


Segala kekuatan dan keupayaan kita itu sebenarnya bersumber dari Sang Pencipta yang Maha Kuasa. Bukankah kita seringkali menyebutnya iaitu " Lahaulawala Quwwata Illa Billah". Tidak ada keupayaan untuk menanggung sesuatu dan tidak ada kekuatan untuk melaksanakan sesuatu melainkan datang dari Allah. Begitulah agama mengajar kita bahawa dalam kehidupan ini kita sebenarnya memerlukan Allah pada setiap saat.

Ketabahan jiwa dalam melalui dan menanggung sesuatu perkara sebenarnya memerlukan latihan yang berpanjangan supaya sikap itu terbina dalam diri manusia. Ia tidak semudah yang disangkakan. Sebab itu jikalau kita renungkan , (jangan termenung pulak) tentang kehidupan kita sejak kita mencapai usia baligh hingga kini, banyak musibah, masalah, kesusahan, kesukaran, dan sebagainya yang telah menimpa kita. Itu sebenarnya merupakan tarbiyyah (didikan) dari Allah agar kita sentiasa mengingatinya dan sedar bahawa hidup kita secara sepenuhnya bergantung padaNya.

Bagi mendapatkan kekuatan dalaman untuk melalui liku-liku kehidupan kita perlu sentiasa berdamping dangan Allah selalu, seperti banyak melakukan ibadat-ibadat sunat, dan yang wajib lebih-lebih lagi serta mendalami dengan lebih mendalam lagi tentang agama kita agar kita mengenal (ma'rifat) Tuhan. Bukankah " awal beragama itu mengenal Allah"?

Sama-sama kita fikirkan!!!

Hidup susah dan senang bersama Allah.

No comments:

Post a Comment