Tuesday, May 22, 2007

Pembayaran dan pengagihan zakat dalam masyarakat

Zakat adalah merupakan satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu yang bergelar muslim bila mencukupi syaratnya. Ia salah satu daripada rukun islam. Pembayaran zakat serta pengagihannya yang berkesan akan mengurangkan jurang perbezaan diantara yang miskin dan yang kaya.

Zakat dapat membantu pengaliran ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Jika orang ramai tidak sedar terhadap kewajipan mereka untuk menunaikan zakat, maka akan berlaku masalah dalam masyarakat. Anataranya jenayah mencuri, meragut dan lain-lain lagi yang akan menyusul yang berpunca daripada ekonomi dalam masyarakat yang tidak berjalan lancar.

Sebagai contoh, saya akan berikan kepada anda satu perumpamaan. Iaitu sekiranya pengaliran darah di dalam sistem badan kita tidak berjalan dengan lancar, maka ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai penyakit, serta tidak dapat membantu membawa oksigen ke otak. Bagaimana seorang pelajar itu dapat memberikan tumpuannya terhadap pembelajaran sedangkan dia menghadapi kesukaran untuk memberikan fokus terhadap pelajarannya di sebabkan oksigen tidak sampai ke otaknya.

Maka demikianlah keadaan dalam masyarakat, pelbagai penyakit masyarakat yang akan timbul disebabkan pengaliran ekonomi sesama mereka tidak berjalan dengan lancar. Pengaliran ekonomi dalam masyarakat itu tidak berjalan dengan lancar mungkin berpunca daripada kelalaian atau keengganan muslim untuk membayar zakat dan juga cara pengagihan zakat yang tidak berkesan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Berdasarkan pengetahuan saya, kebanyakan muslim terutama mereka yang tinggal di kampung hanya mengetahui tentang kewajipan mereka untuk membayar zakat fitrah, sedangkan zakat harta seperti zakat emas, zakat tanaman dan zakat wang simpanan mereka tidak mengetahui. Kalau tahupun mereka tida tahu bagaimana cara untuk menaksir zakat mereka.

Sekian, Wallahu 'Alam.

Insan Dhaif..

No comments:

Post a Comment