Monday, February 10, 2014

penyakit sosial,masalah masyarakat,beban negara,menjemput bala tuhan.

salam,

Negara kita semakin tidak aman dirasakan. yang berpolitik masih lagi saling mengancam satu sama lain demi kepentingan diri. saling mengata sepatutnya dinasihati cara membina. bila berkuasa tidak peduli dan empati kepada kesusahan rakyat. dibiar diri dan anak beranak terus menikmati kesenangan hidup sedangkan rakyat disuruh berjimat dalam menghadapi kesengsaraan hidup akibat ekonomi yang semakin merosot. kenaikan harga barang,pengurangan subsidi,dasar gst,kadar tarif air dan elektrik dinaikkan,yang memberi kesan kepada segala rantaian bekalan makanan,perkhidmatan dan barangan. ditambah dengan faktor ekonomi antarabangsa yang memberi kesan kepada semua negara. hasilnya berlakulah kenaikan harga dalam urusan jual dan beli,membawa kepada inflasi. duit banyak tapi barang dapat sedikit. lebih-lebih lagi rakyat miskin akan dapat merasa semua kesan ini. yang bertani terpksa menanggung kos mahal dan tinggi mengakibatkan untung sedikit bahkan tidak mampu untuk bertani lagi kerana memakan modal yang besar. penoreh getah setiap hari menoreh,hasil susu yang banyak tidak mampu untuk tersenyum kerana harga komoditi telah menurun mendadak tidak selari dengan barangan keperluan yang semakin mahal seperti beras,ikan , sayur,ayam,dan lain-lain.

Hasilnya akan menimbulkan kes jenayah bagi yang kurang didikan islam. Mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang sebagai juadah empunya badan meneruskan sisa hidup yang berbaki. merompak rumah orang,meragut beg tangan atau barang kemas, menipu secara online,penyelewengan wang bila diberi kepercayaan, mencuri kereta dan motosikal,rompak bank,bila tak sempat lari atau dilawan,tercetus pula jenayah baharu. pembunuhan,kelar leher,tembak,bakar, hanyut sungai,bom,dan sewaktu nya.


 Rumah yang tidak aman,sering bergaduh suami isteri kerana masalah wang,melahirkan anak yang liar. kesana kemari  menyumbang kepada masalah jenayah seperti merogol teman wanita,atau berzina. Akibatnya lahir anak luar nikah atau alih bahasa bagi nampak cantik kot,anak tidak sah taraf.Kalau pergi kesekolah rendah,cuba tanya guru-guru,pernah mengajar tak pelajar yang salah satu status mereka seperti itu. maka jawapannya,bukan stakat pernah,memang stiap tahun atau kelas boleh jumpa anak tersebut yang berbin atau berbinti abdullah. tak kurang juga yang telah diubah bin abdullah itu tadi kerana malu dan nak menyorok.

smua bermula dari bawah sehingga kepuncak atas seperti pemimpin,ada masalah. Ini menjadi beban kepada negara. mengundang bala dari tuhan. inilah fitnah akhiir zaman era Dajjal yang pernah diberi peringatan oleh nabi kita. dimana punca nya? IMAN!

KEMBALI SEMULA KEPADA IMAN YANG BENAR KEPADA ALLAH.
 jalannya didik semula manusia itu dengan mengenal tuhannya.



 SISTEM PENDIDIKAN WAJIB BERMULA DENGAN AGAMA
 SEBAGAI TERAS KEUTAMAAN.












No comments:

Post a Comment