Sunday, October 2, 2016

Perkembangan selepas tanam pokok halaman rumah pada 2.10.2016

Epal siam rm 8 ,,tanam 1.10.2016

Pokok betink dan mata kucing sudah berbuah


Pokok jambu madu yang sedang galak berpucuk.
Anak durian sayur sudah mengeluarkan buanga tapi tak lekat.

Pokok jambu madu yang ditut sendiri sudah membesar.

Pokok mempelam sering dimakan lembu,,terbantut pertumbuhannya.

Friday, March 6, 2015

Tanaman halaman rumah

Pokok rambutan ,ditanam pada mei 2014...




Pokok mata kucing,juga ditanam pada Mei 2014..


 Pokok durian belanda,ditanam pada 6 Mac 2015,rm16 sepokok



Pokok durian belanda yg dibeli emak lebih kecil,ditanam pada Februari 2015.




Pokok kelapa matag, ditanam pada Januari 2015, rm13 sepokokx3


 pokok lada yg sudah membesar setahun sejak ditanam awal tahun 2014.


 Pokok ceri kampung yg kurus,ditanam februari 2015, ambil drp pokok induk tanpa potong skali dgn akar induk,kena ambik lg.


 Pokok kemunting yg diambil dari kebun yg tumbuh meliar, gali dengan akar dan ditanam ditepi rumah pada januari 2015.



Benih betik yg diproses sejak januari 2015 sampai sekarang ketahap ini. Bijj benih dibuang dulu gel dgn cara picit,kemudian basuh dan jemur kering,bila nk guna,just semai dlm polibeg.

Kebanyakan pokok di atas dibaja dengan baja tahi ayam proses dan diselang seli dengan baja npk 15:15:15.






Tuesday, February 18, 2014

3 cabang ilmu

pegangan setiap muslim berdasarkan 2 sumber utama:Quran dan Hadis.

Kemudian terhasil 3 pecahan ilmu agama untuk memahami isi Quran dan Hadis secara tersusun yang disusun oleh ulama' yang datang dari 2 sumber di atas.

1. Akidah/Iman/Tauhid

2. Syariat/Islam/Feqah

3. Tasauf/Ihsan/Akhlaq


Feqah sahaja tanpa tauhid yang betul menjadikan fasiq atau kafir tanpa disedari..

Faham feqah sahaja tidak akan sempurna tanpa AKhlaq. Feqah sebagai kulit luar,akhlaq atau tasauf sebagai isinya..durian cantik kulit luarnya,tetapi jika isi rosak atau xde isi,x dibeli atau dimakan orang..
apakah masih berguna buah itu? sekadar menjadi halwa mata zahir sahaja..tidak dapat diambil manfaat oleh tuannya. Akhirnya dibuang tidak berguna.

Sekian.











Doa harian terpilih


Saturday, February 15, 2014

tanaman herba dan ulaman kampung

cenkudu kampung
 

 1. daun cenkudu dijadikan pelapik semasa menggunakan tuku,


serai kayu
 manakala pucuknya dibuat kerabu.

2. daun serai kayu biasa dibuat ulam dan digunakan sebagai salah satu ulaman dalam nasi kerabu.





Tuesday, February 11, 2014

ibubapa melayan karenah anak banyak bertanya

salam

abah,kucing tu kenape?

kucing tu lapar?

kenapa kucing tu lapar?

 sebab takde makanan

 kenapa takde makanan?

 sebab kucing tu memilihh
makan ikan je

kenapa makan ikan?

 ikan sedap

 kenapa sedap?

 sebab dia suka makan ikan

 kenapa dia suka makan ikan?

 sebab ikan banyak

 kenapa ikan banyak?

 sebab beli banyak

kenapa beli banyak?

 sebab ade duit duit.

 kenapa ada duit?

 sebab nak membeli.

kenapa nak membeli?

sebab xde kat rumah

knp xde?

sebab anak abah makan banyak.(sebelum anak tanya trus buat pertanyaan baru sebab nak cut, xlarat nak jawab)

kenapa abang makan banyak?

lapar

 kenapa abang lapar?

sebab lapar lah abah..

 ooo lapar,jom kita g dapur ,,abah ade beli air kotak,nak?

nak..

 ok ..jom..(fuh, setel bab soal jawab yang kite ibubapa kena layan. jangan dibunuh perasaan ingin tahu mereka dan sikap bertanya mereka.)

 sekian.




akidah mukmin menjalani hidup bersyariat berhiaskan bunga akhlaq.

jadikan tahun ini ,tahun yang lebih tabah menghadapi segala kenaikan harga barang, duit banyak sekalipun tidak lagi menjamin dapat kuantiti yang sama. berbeza 10 tahun dahulu,rm50 sahaja akan penuh satu troli bahkan melimpah,tetapi hari ini rm50 hanya satu plastik kecil sahaja. tapi ingat,sumber segala kekuasaan dan kemewahan datang dariNya. mintalah kepadaNya supaya harta kita lebih berkat. mahal murah hakikatnya dariNya. jangan bimbang dan sedih dengan keadaan ekonomi hari ini..teruskan amal ibadah dengan ikhlas,agar usaha kita mendapat berkat. sedikit kerja tapi hasilnya banyak. QUDRAT IRADAT semua bersumber darinya..





Monday, February 10, 2014

doa pendinding diri,keluarga dan harta

niat Al-Fatihah untuk Rasulullah ,keluarga dan sahabatnya.

Taawuz

Basmalah 3x

Mengucap


1.kalimah yasin 7x

2.sambung ayat 2-8 surah yasin

3. ayat 9 surah yasin 9x

4. baca selawat dan doa seperi gambar dibawah














kahwin married single man women gadis

apa sahaja istilah keatas diri kita namun tetap satu sahaja iaitu manusia. bila tuhan cipta,maka dia lebih tahu keinginan bagi setiap diri manusia untuk mencari pasangan untuk memenuhi fitrah nafsu yang sengaja dibuat dan diadakan dalam diri.

dalam agama,soal kahwin duda,kahwin bujang,kahwin janda,atau apa sahaja tetap terkumpul hukum berlainan keatas manusia yang direka tadi.sebab keadaan latarbelang yang berbeza menyebabkan ada manusia jatuh hukum wajib kahwin atasnya,harus kahwin,sunat kahwin,makruh kahwin dan haram kahwin pun ada sedangkan bukan mahram sekalipun. kerana apa begitu terjadi dalam soal hukum ni? kerana dia lebih TAHU tentang rekaannya bernama manusia.

 soal mencari pasangan cantik,hensem,samada akhlaq mahupun muka dan badan,maka itu fitrah manusia suka kepada kecantikan .cantik dan semua keinginan nafsu dapat diperolehi tanpa halangan disyurga kelak. namun diatas dunia ini,tuhan menjadikan bacaan kecantikan dan kehenseman keatas seseorang dari seseorang yang lain berbeza. subjektif..A kata B comel. C kata B biasa jer...B kata C hensem,A kata awak mengarut la B...sy lagi hensem...

aturan tuhan di alam rekaannya yang mengandungi pelbagai makhluk didalamnya. dia yang lebih tahu.

luruskan hati agar selaras dengan kehendak tuhan supaya kita sentiasa bersih,xde otak blue or kuning..lucah,porno,seks,picisan melayu,cerita ghairah dan lain-lain dimaya teknologi zaman dajjal ini boleh meruntuh dan memesongkan iman dan aqidah kita,anak anak kita,adik beradik kita,kakak kakak kita,dan generasi muda dari kenal dan patuh serta takut pada tuhan. berjaya kerja iblis yang berikrar dihadapan tuhannya akan menyesatkan semua manusia ke neraka. golongan ifrit kafir yang menjadi supervisor yang melaporkan kepada Si Iblis semua kerja yang dilakukan oleh jin kafir bergelar syaitan dalam menyesatkan semua manusia.

IKHLASKAN HATI DALAM BERAMAL IBADAT DAN BERKEBAJIKAN.







sekian..

penyakit sosial,masalah masyarakat,beban negara,menjemput bala tuhan.

salam,

Negara kita semakin tidak aman dirasakan. yang berpolitik masih lagi saling mengancam satu sama lain demi kepentingan diri. saling mengata sepatutnya dinasihati cara membina. bila berkuasa tidak peduli dan empati kepada kesusahan rakyat. dibiar diri dan anak beranak terus menikmati kesenangan hidup sedangkan rakyat disuruh berjimat dalam menghadapi kesengsaraan hidup akibat ekonomi yang semakin merosot. kenaikan harga barang,pengurangan subsidi,dasar gst,kadar tarif air dan elektrik dinaikkan,yang memberi kesan kepada segala rantaian bekalan makanan,perkhidmatan dan barangan. ditambah dengan faktor ekonomi antarabangsa yang memberi kesan kepada semua negara. hasilnya berlakulah kenaikan harga dalam urusan jual dan beli,membawa kepada inflasi. duit banyak tapi barang dapat sedikit. lebih-lebih lagi rakyat miskin akan dapat merasa semua kesan ini. yang bertani terpksa menanggung kos mahal dan tinggi mengakibatkan untung sedikit bahkan tidak mampu untuk bertani lagi kerana memakan modal yang besar. penoreh getah setiap hari menoreh,hasil susu yang banyak tidak mampu untuk tersenyum kerana harga komoditi telah menurun mendadak tidak selari dengan barangan keperluan yang semakin mahal seperti beras,ikan , sayur,ayam,dan lain-lain.

Hasilnya akan menimbulkan kes jenayah bagi yang kurang didikan islam. Mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang sebagai juadah empunya badan meneruskan sisa hidup yang berbaki. merompak rumah orang,meragut beg tangan atau barang kemas, menipu secara online,penyelewengan wang bila diberi kepercayaan, mencuri kereta dan motosikal,rompak bank,bila tak sempat lari atau dilawan,tercetus pula jenayah baharu. pembunuhan,kelar leher,tembak,bakar, hanyut sungai,bom,dan sewaktu nya.


 Rumah yang tidak aman,sering bergaduh suami isteri kerana masalah wang,melahirkan anak yang liar. kesana kemari  menyumbang kepada masalah jenayah seperti merogol teman wanita,atau berzina. Akibatnya lahir anak luar nikah atau alih bahasa bagi nampak cantik kot,anak tidak sah taraf.Kalau pergi kesekolah rendah,cuba tanya guru-guru,pernah mengajar tak pelajar yang salah satu status mereka seperti itu. maka jawapannya,bukan stakat pernah,memang stiap tahun atau kelas boleh jumpa anak tersebut yang berbin atau berbinti abdullah. tak kurang juga yang telah diubah bin abdullah itu tadi kerana malu dan nak menyorok.

smua bermula dari bawah sehingga kepuncak atas seperti pemimpin,ada masalah. Ini menjadi beban kepada negara. mengundang bala dari tuhan. inilah fitnah akhiir zaman era Dajjal yang pernah diberi peringatan oleh nabi kita. dimana punca nya? IMAN!

KEMBALI SEMULA KEPADA IMAN YANG BENAR KEPADA ALLAH.
 jalannya didik semula manusia itu dengan mengenal tuhannya.



 SISTEM PENDIDIKAN WAJIB BERMULA DENGAN AGAMA
 SEBAGAI TERAS KEUTAMAAN.












Sunday, February 9, 2014

perabut rumah set bilik tidur ruang tamu keluarga

almari set bilik tidur
alamri ruang keluarga/pejabat
alamari cermin bilik tidur


advertisement get money paypal as income free







click here..




Bagi sesiapa yang ade blog sendiri,boleh cuba web ads diatas untuk dapatkn side income..free tanpa caj...kena register online dan get code banner untuk letak pada web kita. pastikan web anda mempunyai high traffics and dapat more impression utk tambah cpm or cos per mille/thousand..baru masuk pitih atau duit.

 sekian

ini sekadar contoh bagi yang guna medium blog,lihat $ in dolar

harga emas 916,999 untuk dijual

berat setiap utas:10g+- jenis: 999,rantai tangan pasir harga:RM143
berminat sila email: amri_yusof@yahoo.com utk area besut,setiu,kuala terngganu, dan kelantan,blh trus serah barang. untuk luar kawasan tersebut bank in kemudian barang akan dipos..

Saturday, February 8, 2014

rumah banglo ruang tamu dapur

RUANG TAMU



ruang keluarga
ruang dapur kering





Friday, September 23, 2011

renungan khutbah

Sebagai lelaki ataupun sebagai seorang suami, kita barangkali pernah terfikir dan mempunyai impian untuk menjadikan diri sebagai orang dikagumi. Bukan saja memiliki perawakan menarik tetapi hadir dalam satu pakej yang penuh kesempurnaan sehingga menjadi teladan kepada semua - disayangi isteri, dihormati anak-anak, disanjung keluarga dan sekaligus berjaya dalam kehidupan dunia akhirat.

Semua yang kita mimpi itu bukan menjadi sesuatu yang mustahil jika kita sanggup berusaha dan mengubah sikap kita. Maka berusahalah menjadi lelaki yang sempurna dan cuba memenuhi apa yang diinginkan wanita. Jika anda mengidam mendapat pasangan yang memenuhi segalanya, tidak salah sekiranya mencuba untuk menjadi lelaki yang sesempurna mungkin.

Berikut adalah petua bagaimana hendak memenuhi aspirasi berkenaan dan anda mungkin mampu memenuhinya jika piawaian yang anda ada menepati apa yang dicari golongan hawa.

Pastinya jika ciri itu ada pada diri anda, tentunya anda lelaki paling bahagia di dunia ini kerana mampu memenuhi kehendak masyarakat, agama dan meletakkan kesempurnaan diri pada tahap yang sewajarnya. Tilik takkul serta introspeksi diri dan berusaha ke arah yang lebih baik kerana orang yang cemerlang dan hebat sentiasa mencari kesempurnaan atau al-Falah.

1. Perbetulkan niat

Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Bersyukur dengan ketentuan Ilahi

Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Bentuk sikap positif

Suami ‘mithali’ menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa.. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan isteri anda.

4. Sentiasa berbual dengan isteri

Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5. Selalu senyum

Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

6. Sentiasa bergurau senda

Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.

7. Nyatakan sayang atau rindu

Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.

8. Buat lawak atau cerita

Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.

9. Makan bersama

Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakkan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.

10. Mandi bersama

Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunnah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.

11. Bantu buat kerja rumah

Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunnah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.

12. Mesyuarat keluarga

Amalkan mesyuarat keluarga sekerap mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan, mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.

13. Jaga penampilan diri

Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri. Mana adil ?

14. Nasihat isteri dengan hikmah

Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakkan cakap tak serupa bikin.

15. Beri nafkah berdasar keperluan dan kemampuan

Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.

16. Jadi penawar bukan racun

Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan, kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.

17. Taat perintah Allah

Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.

18. Simpan rahsia isteri

Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.

19. Hormati keluarga isteri

Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana?

20. Cemburu positif bukan cemburu buta

Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.

21. Jadi pemaaf

Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.

22. Bijaksana bila menegur

Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.

23. Hidupkan sunah nabi dalam hubungan

Gunakan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ‘role model’. Hidupkan amalan sunnah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.

24. Keutamaan keperluan isteri

Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain.. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.

25. Ingatkan isteri tentang solat

Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon atau SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.

26. Cintai isteri setulus hati

Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga, tidak pernah sengsara serta berteraskan iman dan takwa.

27. Perubahan positif berterusan

Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.

28. Perihatin terhadap keluarga

Pamer keprihatinan yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut diberikan kepada keluarga.

29. Kematangan tinggi

Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.

30. Hormati dan muliakan perempuan

Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja. Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.

Sesungguhnya isteri atau suami adalah anugerah Allah kepada kita untuk kita merasai keseronokan,kebahagian dan kenikmatan hidup di dunia melalui tatacara dan prosidur yang Allah telah aturkan. Ikutilah system itu agar kita tidak terpesong dan lupa daratan hingga hilang jalan kembali kepadaNya untuk kehidupan yang lebih nikmat ,kekal dan abadi….

Friday, April 15, 2011

masa depan negara



SETAHUN LEBIH MASA BERLALU, KINI UMURNYA SEMAKIN MENINGKAT,INILAH PERINGKAT TUJUH TAHUN PERTAMA BAGINYA:                                                                         KASIH SAYANG DAN BERMAIN BERSAMANYA...

Friday, October 29, 2010

Tuesday, January 19, 2010

KELAHIRAN PUTERA SULUNG








CAHAYA MATA ADALAH ANUGERAH DARI ALLAH SEBAGAI PERHIASAN DIDALAM KEHIDUPAN. IA JUGA ADALAH AMANAH DARINYA UNTUK DDIBERIKAN DIDIKAN DAN ASUHAN KEARAH KEHIDUPAN BERAGAMA.

RABBANA HABLANA MIN AZWAJINA WA ZURIYYATINA QURRATA A'YUN, WAJ ALNA LILMUTTAQI NA IMAMA...Ameeen.

Wednesday, December 9, 2009

Monday, April 13, 2009

My Small Family




both of them are my nephew

this is my brother