Monday, August 20, 2007

ISTIQAMAH

Membina sifat Istiqamah adalah suatu usaha yang berterusan dalam setiap perkara yang dilakukan. Ini kerana antara amalan yang yang dipuji ialah berterusan melakukan sesuatu perkara walaupun ianya kecil dalam amalan tersebut.

Ini kerana ia menuntut kepada pengamal itu kesungguhan untuk meneruskannya walau dalam keadaan apapun situasi yang dialaminya. Sebagai contoh yang simple, usaha kita untuk sentiasa dalam keadaan berwudhu', walaupun ia perbuatan yang mudah serta agak enteng untuk dilakukan, bagaimana pula usaha kita untuk sentiasa mengekalkannya.
Sekiranya kita memiliki tekad untuk mengamalkannya sepanjang kehidupan kita, mungkin sehari dua kita boleh melaksanakannya, tetapi bila dari tempoh minggu keminggu, bulan kebulan, tahun-ketahun, sudah tentu banyak sekali halangannya termasuklah dilanda perasaan putus asa dan malas yang menjadi penghalang utama.

Sebab itulah Istiqamah ini adalah diantara bentuk-bentuk Karomah (kemuliaan) yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang terpilih. Pada kebiasaannya kita hanya tahu karomah itu seperti berjalan di atas air, masa perjalanan yang disingkatkan oleh Allah (melipat bumi) dan lain-lain yang dianugerahkan kepada walinya atau hamba-hambanya yang terpilih. Sedangkan diantara kekeramatan itu, kemuliaan ataupun karomah yang paling besar ialah anugerah Allah Taala kepada hambanya untuk melakukan sesuatu ibadah secara beterusan (istiqamah) walaupun sedikit.

Semoga kita dapat mencapai tahap tersebut untuk mencapai keredhaan Tuhan duniawi dan ukhrawi. Ameen.

Wednesday, July 4, 2007

KESEDARAN PADA HARGA DIRI

Tahu harga diri dan pantang dihina dan dizalimi adalah antara sifat-sifat dan ukuran-ukuran yang dibawa oleh islam.

Firman Allah dalm surah al-Munafiqun (8) bermaksud:
Kekuatan dan kemuliaan itu hanyalah bagi Allah, rasul dan orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui.

Kesedaran kepada harga diri akan lahir dalam sikap menuntut kebaikan dan menjauhi kejahatan, berpegang pada sifat kesatriaan dan cita-cita tinggi dan luhur , bebas dari pengaruh hawa nafsu. Kemuliaan dapat dicapai dengan sikap satria dalam urusan yang baik dan menjauhi sikap yang tercela. Allah suka pada hambanya yang tahu harga diri , penuh dengan cita-cita.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah suka denga urusan yang tinggi dan mulia dan benci pada urusan yang keji dan rendah.

Islam membangkitkan keberanian dan semangat juang untuk jalan Allah walaupun membawa risiko.
Tersapat hadith nabi yang bermaksud:
Ya Rasulullah, bagaimana pendapatmu , jika seseorang dating hendak merampas harta? Rasulullah menjawab: jangan engkau berikan hartamu. Bagaimana kalau ia menyerang aku? “Lawanlah dia. Bagaimana kalau ia sampai membunuhku? Engkau akan masuk syurga. Dan kalau aku membunuh dia? Dia akan masuk neraka” jawab rasulullah.

Sifat pengecut adalah serendah-rendah sifat, kerana sifat itu menjadikan seseorang tidak berharga diri dan tidak berwibawa di mata masyarakat serta menimbulkan rasa rendah diri pada jiwanya. Ini akan mempengaruhi sikapnya dalam hidup sehari-hari.

Masyarakat yang pengecut akan menjadi rendah, hina dina , lemah, dan mudah diperbudakkan oleh golongan lain bahkan pada akhirnya binasa dan lenyap .

Buktinya Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah yang bermaksud:
Apakah kamu tidak perhatikan orang-orang yang keluar dari kampong halaman sedangkan mereka beribu-ribu jumlahnya, kerana mereka takut mati, maka Allah firman kepada mereka, : matilah kamu. Kemudian Allah hidupkan mereka.

Menurut pendapat sebahagian ahli tafsir, maut yang dimaksudkan di sini, bukanlah maut biasa, tetapi maut semangat yang boleh kehilangan daya tahan, kehilangan peribadi dan lenyap dari bumi. Demikian pula maksud “menghidupkan” ialah hidupnya semangat pada keturunan mereka yang telah bangkit dengan semangat dan jiwa baru mereka.

Sebagai pengajaran, Allah mengisahkan kepada kita tentang kaum Musa yang diperintahkan memasuki Palestin, namun mereka enggan ikut perintah Allah kerana takut dan tidak mempunyai keberanian yang cukup.

Sunday, June 24, 2007

Dunia ladang Akhirat hasilnya

Jangan dibiarkan, diri bagai ombak, sekali menghempas sekali berbunyi
Sekali hidupmu merasa tertekan barulah sekali mengingat ilahi.

Selagi hidup di dalam dunia , berbagai cubaan akan dirasai
Tanpa dirimu beriman dan bertaqwa, pasti kau lalai kepada Ilahi.

Dunia ini laksana pengkalan , tempat berlabuh kapal pedagang
Tiap yang bernyawa takkan berkekalan, tiba saatnya dipanggil pulang.

Ingatkan tuhan jangan berhenti, segala derita takkan rapati
Lapang di dada tenteram di hati, menjadi penawar tak payah dijampi.