Saturday, May 3, 2008
Sayang Jangan Berlebihan, Benci Jangan Keterlaluan
Tapi keadaan itu adakalanya boleh berubah apabila terjadi peristiwa yang tidak diingini. Ada yang curang, ada yang hanya sekadar menjadikan pasangannya sebagai spare part sekiranya diperlukan, dan yang lebih menyakitkan apabila hanya dijadi boneka atau puppet untuk dipermainkan sebagai kepuasannya untuk mengisi masa lapang. Dia lupa menggunakan ilmu taksir...bagaimana suatu hari nanti dia pula yang akan dipermainkan oleh orang lain sebagimana yang telah dilakukannya terhadap insan lain dahulu. Sekalipun insan tersebut memaafkannya, tapi harus diingat, luka yang telah sembuh tetap akan meninggalkan parutnya. Hati yang dilukai tetap akan mendatangkan kesan sepanjang kehidupannya untuk sentiasa diingati agar tidak berulang untuk kali kedua. Tetapi mujurlah datangnya peringatan bahawa walaupun kita membenci seseorang akibat dari perbuatannya, janganlah kebencian yang keterlaluan itu membuatkan kita gagal untuk menilai kebaikan yang telah diterima darinya sebelum ini.
Itulah hakikat manusia. Banyak perkara yang berlaku berada diluar jangkaan kotak pemikrannya dek kerana sedikitnya ilmu yang dimiliki serta penentuan hakiki hanyalah pada hak Penciptanya..
Saturday, January 19, 2008
LANGKAWI
TAMBAHAN PULA, PULAU LANGKAWI MERUPAKAN PULAU BEBAS CUKAI YANG DAPAT MENARIK PELANCONG DARI SEMENANJUNG UNTUK MEMBELI-BELAH. ANTARE BARANGAN BEBAS CUKAI ADALAH COKLAT, ROKOK, UBATAN DAN LAIN-LANLAGI.
Monday, December 10, 2007
REMAJA DAN KEHIDUPAN
Bermula ujian tuhan apabila dia mencapai usia baligh. Setiap perbuatannya akan dihitung dan dinilai oleh Allah. Usia remaja merupakan usia dimana manusia itu mengalami perubahan fizikal dan juga pemikiran, yang mula mencari identiti diri, siapakah sebenarnya dia?
Mencuba sesuatu yang baru, memenuhi segala yang diingini oleh nafsu, serta bertindak tanpa memikirkan akibatnya adalah merupakan ciri-ciri mereka yang berada pada awal usia untuk mematangkan diri.
Terkadang mereka terpaksa bermain dengan persoalan-persoalan yang sentiasa timbul difikiran berpunca daripada keinginan untuk tahu terhadap keadaan yang mereka alami dalam kehidupan seharian. Kebanyakkan persoalan tersebut tidak dapat memuaskan hati mereka kerana sukar untuk mencari jawapan yang sesuai yang boleh menenangkan mereka untuk menerima hakikat keadaan yang terjadi dalam kehidupan yang mereka alami.
Dalam keadaan tersebut, peranan ibubapa amat penting untuk membimbing anak-anak mereka apabila sampai pada saat ini. Kerana ia merupakan masa peralihan seorang anak kepada usia yang lebih matang yang merupakan proses yang perlu diberikan perhatian. Ajak berbincang, menghormati pandangan mereka, menyelami masalah mereka, menyokong mereka dalam keadaan mereka memerlukan sokongan untuk mendapatkan kekuatan adalah diantara usaha yang perlu dilakukan oleh ibubapa. Disinilah betapa pentingnya kepada ibubapa untuk memiliki ilmu secukupnya untuk mendidik anak-anak mereka agar membesar dengan cara yang sihat dan sewajarnya, seterusnya dapat mengelakkan serta menjauhi mereka daripada terjebak kedalam gejala sosial yang boleh merosakkan diri mereka kelak.
Agama adalah tunggak asas untuk membimbing remaja kerana apabila mereka diasuh dan diberikan didikan agama, mereka akan mempunyai kekuatan dan keyakinan terhadap segala yang mereka hadapi dalam setiap mehnah, kesusahan, keperitan, ketakutan dan kesukaran dalam menjalani kehidupan di dunia. Andaikata jiwa remaja yang sedang matang itu tidak diasuh dengan cara sedemikian, bagaimana mereka boleh bertahan terutamanya diusia tersebut yang begitu kuat sekali ujiannya. Mereka tidak mengenali lagi apa itu mujahadah, apakah tujuan kehidupan mereka, siapa tempat sewajarnya mereka bergantung harap, dan banyak lagi yang mereka perlukan untuk mereka selamat di dunia dan akhirat serta menjadi orang yang begitu faham akan hakikat kehidupan mereka di saat ini.
Inilah saat kehidupan yang akan dilalui oleh setiap manusia apabila mereka menjadi remaja. Di dalam saat dan waktu tersebut, pelbagai perkara baru yang akan dirasai dan dialami oleh setiap remaja yang membuatnya suka kepada enjoy setiap masa. Tanpa ada bimbingan daripada mereka yang tertentu, kita dapat melihat kesan negatifnya pada hari ini di sekitar masyarakat yang berhampiran dengan kita. Betapa rosak mereka kerana akal sudah tidak lagi dibimbimng serta ditemani pula oleh desakan nafsu yang tidak ada kesudahannya walaupun kita mencapai usia tua. Inilah pengalaman yang dilalui dengan memerhatikan ke dalam diri sendiri serta melihat ragam dan gelagat rakan-rakan sama ada yang baik, sangat baik, nakal, jahat, dan banyak lagi. Lihatlah dengan mata kasar, membawa ke mata hati, sebagai iktibar dan pengajaran, seterusnya perubahan kepada diri sendiri kearah yang lebih baik.