Saturday, May 3, 2008

Sayang Jangan Berlebihan, Benci Jangan Keterlaluan

Lumrah manusia tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang terhadap sesama makhluk. Ada yang sayang kerana rupa paras yang menarik, kerana budi pekerti yang menyenangkan, kerana pengorbanan yang telah dicurahkan dan tidak kurang juga kerana harta yang dimiliki. Tapi mujurlah kita diingatkan supaya jangan kecintaan kepada makhluk itu membuatkan kita jadi tidak keruan sehingga mengatasi rasa cinta yang sepatutnya kita curahkan.

Tapi keadaan itu adakalanya boleh berubah apabila terjadi peristiwa yang tidak diingini. Ada yang curang, ada yang hanya sekadar menjadikan pasangannya sebagai spare part sekiranya diperlukan, dan yang lebih menyakitkan apabila hanya dijadi boneka atau puppet untuk dipermainkan sebagai kepuasannya untuk mengisi masa lapang. Dia lupa menggunakan ilmu taksir...bagaimana suatu hari nanti dia pula yang akan dipermainkan oleh orang lain sebagimana yang telah dilakukannya terhadap insan lain dahulu. Sekalipun insan tersebut memaafkannya, tapi harus diingat, luka yang telah sembuh tetap akan meninggalkan parutnya. Hati yang dilukai tetap akan mendatangkan kesan sepanjang kehidupannya untuk sentiasa diingati agar tidak berulang untuk kali kedua. Tetapi mujurlah datangnya peringatan bahawa walaupun kita membenci seseorang akibat dari perbuatannya, janganlah kebencian yang keterlaluan itu membuatkan kita gagal untuk menilai kebaikan yang telah diterima darinya sebelum ini.

Itulah hakikat manusia. Banyak perkara yang berlaku berada diluar jangkaan kotak pemikrannya dek kerana sedikitnya ilmu yang dimiliki serta penentuan hakiki hanyalah pada hak Penciptanya..

Saturday, January 19, 2008

LANGKAWI

LAWATAN SELAMA 2 HARI PADA AWAL SEMESTER SEDIKIT SEBANYAK DAPAT MEMBERI KETENANGAN DENGAN MELIHAT KEINDAHAN ALAM. DENGAN ADANYA KEINDAHAN SEMULAJADI ITU MANUSIA DAPAT JADIKANNYA SEBAGAI SUMBER REZEKI KERANA KEDATANGAN RAMAI PELANCONG YANG BERKUNJUNG KE TEMPAT BERKENAAN.



TAMBAHAN PULA, PULAU LANGKAWI MERUPAKAN PULAU BEBAS CUKAI YANG DAPAT MENARIK PELANCONG DARI SEMENANJUNG UNTUK MEMBELI-BELAH. ANTARE BARANGAN BEBAS CUKAI ADALAH COKLAT, ROKOK, UBATAN DAN LAIN-LANLAGI.